Monday, April 11, 2011

kaulah teman, kaulah kawan, kaulah sahabat..

MASIH KU INGAT..

KALI PERTAMA KITA BERTEMU..
AKU HANYA SEKADAR INGIN BERGURAU DENGANMU..
TIDAK KU SANGKA HATIKU TERTARIK PADAMU..
MESKI AKU TIDAK MENUNJUKKAN PERASAANKU PADAMU..
SAAT PERTAMA KALI AKU MEMBERI SALAM PADAMU..
KAU MENJAWAB SALAMKU..
SAMBIL WAJAHMU MELEMPARKAN SENYUMAN...
TERDETIK DI HATIKU UNTUK LEBIH MENGENALIMU..
SEHINGGA KINI..
PERASAAN SAYANGKU PADAMU TIDAK PUDAR..
WALAU BADAI DATANG MELANDA..
WALAU BERCERAI JASAD DAN NYAWA..

KETIKA AKU DALAM KESUSAHAN..
KAU SETIA DI SISIKU..

KETIKA AKU DIHIMPIT KERESAHAN..
KAU MENDAKAP TUBUHKU DENGAN KASIH DAN SAYANG..

KETIKA AKU SEDIH DAN BERDUKA..
KAU MEMBERIKU KEKUATAN AGAR TERUS BERSABAR DALAM MENGHADAPI DUGAAN..

KETIKA AKU PERLUKAN SEORANG TEMAN..
KAU HADIR MENERANGI HATIKU..

KETIKA AKU MERASAKAN DIRIKU TIDAK DIHARGAI..
KAU MENASIHATIKU AGAR SENTIASA BRSYUKUR..

TERLALU MANIS PERTEMUAN ITU..
SETIAP WAKTU KAU BERSAMAKU..
SETIAP DETIK KAU MENASIHATIKU..
SETIAP HARI KAU MENJAGAKU..
SETIAP MINGGU KAU DAMPINGIKU..
SETIAP BULAN KAU MEMBERI SEMANGAT KEPADAKU..

TIDAK AKAN AKU LUPAKAN..
TIDAK AKAN PERNAH AKU SIA-SIAKAN..
TIDAK SEKALI AKU BIARKAN IA HILANG..

KAULAH INSAN YANG LAYAK DIGELAR SAHABAT..
SEORANG TEMAN..
SEOARNG KAWAN..


MUSTAHIL AKAN ADA PENGGANTIMU..
WALAU HANYA SETAHUN PERTEMUAN KITA..
SUDAH CUKUP UNTUKKU MENYAYANGIMU..

INI BUKANLAH SATU PUJAAN..
JUGA BUKAN SEBUAH PUJIAN..
TETAPI INI ADALAH TANDA PERNGHARGAAN..


*www.saibiel.blogspot.com
abiel, kalo abiel baca nih, sajak ni mmg tersentuh, so kami copy dari blog abiel ke blog kami,,,sorry sgt2..
ketahuilah, sahabat yg ditemui bukanlah untuk kekal.. doakan padaNYA agar diberi sahabat sejati yang membawa ke syurga..

Wednesday, April 6, 2011

air zam-zam yg sedap, berkhasiat dan KEAJAIBANNYA


          Cuba teliti gambar ini,jelas menunjukkan molekul air zam-zam ini berkilau sperti Kristal dan sangat menarik. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan yang terdapat pada air zam-zam ini. Molekul ini sangat menarik dan bercahaya.
         Selain itu menurut Dr Emoto bahawa, kata-kata atau ucapan juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Molekul air berubah mengikut apa yang diucapkan oleh manusia. Profesor Jepun ini telah mengkaji struktur air yang diucapkan dengan beberapa perkataan seperti ‘arigato-khozaimas’, ‘Thank You’, ‘I am sorry’, ‘Go to the hell!’, lirik lagu Linkin Park, dan beberapa lagi termasuk alunan surah Yaasin. Selepas air didedahkan dengan perkataan yang dipilih, strukturnya dianalisa menggunakan mikroskop. Hasilnya air yang dianalisis menunjukkan struktur yang amat menarik. Perkataan yang sopan menghasilkan struktur air yang cantik, sejuk mata memandang dan lebih teratur. Sebaliknya imej air yang kotor dan menjijikkan terhasil apabila terdedah kepada perkataan biadab. Di sini saya akan menunjukkan beberapa hasil gambar molekul yang telah di kaji.
Ini diantara bukti kajian yang dilakukan oleh Dr Emoto:
Gambar diatas kita dapat melihat perbezaan yang ketara kedua-dua molekul air tersebut, air yang diucapkan dengan perkataan yang baik menghasilkan struktur yang cantik dan menarik tetapi sebaliknya berlaku kepada air yang diucapkan dengan perkataan biadap.
Bebarapa contoh air mineral , air paip dan air yang telah di tapis di uji dengan alat water Electrolysis tester bagi menguji tahap kebersihannya.
Setelah di uji, di dapati air-air tersebut masih terdapat kekotoron yang tidak nampak (sebelum di uji).
Tetapi setelah di uji beginilah hasilnya.Hatta, air yang sudah di tapis dengan penapis berjenama pun tidak berkesan.( masih terdapat kekotoran )
Apabila di uji kepada air zam-zam ini, subahanallah, tidak sampai 5 saat,water Electrolysis tester meletup dan fiusnya terbakar.
Ini menunjukkan air zam-zam tidak lagi dapat di pertikaikan kesuciannya.
          Jadi inilah hikmah kita di tuntut membaca bismillah dan doa ketika hendak makan atau minum, supaya kita mendapat keberkatan dari allah. Molekul-molekul air ini akan mempengaruhi apa yang kita ucapkan.
              Jadi kesimpulan yang dapat dibuat disini ialah hendaklah kita duduk kita hendak makan atau minum kerana ia membawa lebih banyak kebaikkan kepada manusia. Tetapi minum berdiri bukanlah membawa maksud haram Cuma makruh mengikut beberapa pendapat dan mengikut jumhur ianya di bolehkan. Selain itu,kita hendaklah membaca bismillah dan doa semasa hendak makan atau minum supaya mendapat keberkatan dari Allah.
                 Dapat juga di simpulkan di sini bahawa air zam-zam itu mempunyai banyak keberkatan dan kelebihan padanya, dan ianya merupakan air yang paling mulia, padanya mempunyai banyak khasiat dan keberkatan dari allah.                                                                                                                                                        Jadilah kita haruslah mengikut apa yang telah di anjurkan oleh Rasulullah ketika hendak minum air zam-zam supaya kita memperoleh barakah daripadanya.

Sunday, April 3, 2011

Burung merintih kehilangan sarang
Badai mendesak kini tersenyum puas
Itulah kita di bumi tercinta
menagih simpati pada fatamorgana


Maju generasi ayuh ke depan sana
Korbankan segala demi cinta mulia
Tiada onak mengalir biar diri tersungkur
Onak kita lalui biar lukai diri
Linangan air mata keazaman di jiwa
Bumi subur kembali menjadi cita-cita

Sedarlah............
Bangunlah........
Generasi bumi akhir zaman
Bantuilah kami
Redhailah kami
Agar bergema kalimahmu di langit yang tinggi
Bantuilah kami
Redhailah kami
Agar bergema kalimahmu di langit yang tinggi..