Friday, November 18, 2011

Tamrin Akhir Tahun 2011 @ Ma3

untuk post kali ni, x lah menarik sangat, tapi na citer gak!..hehe. beza tamrin tahun ni ngan tahun lpas mmg sangatlah beza, sbb tahun lepas tak de tamrin pasal abes exam je ada kalimah akhirah. balik awal sebab Perlis dilanda banjir.. memang experience terngerilah. sebabnya mandi/wudhu' guna air telaga yang tempat katak (serta kaum kerabatnya) berumah tangga.. tak de air punya pasal, mandi air telaga, tapi kami semua creative kot, amek kain, tapis dulu..bijak an..hehe. kalo tak silap ari last2 tu, warden (big baba) bawa bas 2 rombongan gi mandi kat Tasek Melati. lepas subuh terus bertolak. yang specialnya, ustaz2 ngan cecikgu lelaki jaga jalan masuk, tak bagi pengunjung yg rajin berjogging tu masuk. yang tak sempat solat, solat kat atas tar..
aktiviti tamrin kali ni, best sebab ada game, kawad kaki (un-formal sbb berirama), persembahan (kelas, platun & kelab) dan banyak lagi..abes exam tu, baru nak merdeka, malamnya ada ceramah..
tak cukup ceramah aktiviti best tapi macam mendera kot..apa lagi?..ha! kawad kaki berirama, rentak nya best, cuma kalo tak serentak, bak kata cikgu lama, macam tahi kerbau terabur(remix)..hehe..rentak nya macam ni, "rentak kaki, lutut bengkok, peha paras ,xxxx badan, jangan malas!" senaman ni bagus untuk stretching. tapi angkat kaki 90 darjah la time hentak tu..
lagi.. kuiz mengikut kelab, best la jugak sebab jarang lah diadakan aktiviti mengikut kelab. syarat nya, 3 orang wakil dari setiap kelab kena ke hadapan, form 1,2 & 4. saya, selaku wakil form 2 dari Kelab Bahasa Cina (KBC)agak gementar, risau! soalan apalah nanti, harapnya tak de maths, alhamdulillah, lega sangat tak de sebab soalan umum. ada 90 soalan semuanya, kawe pilih no 11, bulan birthday. manalah tahu, boleh bawa tuah, memang pun bawa tuah! soalan tu boleh jawab. soalannya, "siapa menteri pelajaran Malaysia?" bila dengar soaln tu, ramai orang confuse dah, tapi alhadulillah sebab boleh jawab sebabnya aku ni jenis suka belek dan usha sijil. pastu ingat ada satu sijil kakak aku, ada sign Tan Sri Mahyiddin Yassin, selaku menteri pelajaran Malaysia. (sijil larian serentak apa ntah..) btw, syukurlah sebab boleh tolong kelab sumbangkan markah. markah final, KBC dapat no.3..alhamdulillah.. seterusnya, ada aktiviti membuat gubahan, ramuan utama: sejadah tuala, mengikut kelab, KBC buat 'KBC Twin Tower'.. smart! walaupon kurg stabil..hihi..
selain dpd tu, ada sukan! yang main dalam Aspuri adlh: bola perang, bola beracun, bola jaring, ping-pong, tiup bola ping-pong. manakala, yang main di padang sekolah/Aspura adlh bola baling, maraton: 100m, 4x100, 4x200 dll. aku join 4x200 dan bola perang sj kot..keputusan,, xlah memuaskan sangat sebab nampak macam kurang bersemangat. kalau dulu (tahun ni juga)sebut bola perang, biasanya platun Qadisiyah a.k.a Qadi juara pertahan sebab ada Munirah a.k.a moon. ingatlah style dia baling bola macam nak rejam apa ntah..hehe. tapi sekarang dia pindah dah, pergi ke Maktab Mahmud Baling, Kedah.
tapi tak dapat dinafikan lah, Qadi menang bukan sebab ada moon, cuma bezanya usaha dengan natijah Allah sajalah kan.. selain itu, ada pula aktiviti yang 'digemari' ramai, ExploTaqwa, spesis explorace. sesungguhnya, kenangan tu takkan dilupakan sampai tua kot..hehe. ada 10 checkpoint kalau tak silap. antara yang dijadikan 'kenangan' adalah mendaki Bukit Tunjong (tak lah sampai atas sangat), Medan jihad, belajar bahasa Kemboja dll. mendaki tu taklah susah sangat
tapi penat lah juga. ada tempat kena tunduk, berpaut, memanjat dll. memang kalau nak tahu bertapa frust nya pelajar puteri, tanya diorang (siapa yang sertai ExploTaqwa je sebab ada yang tak sertai atas sebab2 tertentu) bagai nak jerit satu dunia sebab sental pakaian, beg dll yang kena lumpur tak keluar. waktu sampai di checkpoint Medan Jihad tu, kami kena cari satu tempat persembunyian yang tak jauh sangat dari centre dan orang tak nampak sangat, pastu bila wisel bunyi, MENYULUR dlm keadaan meniarap ke centre of checkpoint, melalui satu kawasan yang berlumpur dan berair kotor untuk mengakhiri checkpoint. nasiblah siapa yang pakai tudung putih atau pakaian warna cerah sebab mungkin kesan lumpur tak hilang..sedih kot..huhu.. lagi sedih sebab ExploTaqwa jatuh pada tanggal 1.11.2011.. my birthday.. sekali tu, masa nak pergi ke checkpoint di dewan makan,Iza kata, "sabarlah, anggap sje semua ni 'hadiah birthday'..'..huhu..malamnya ustaz Shahid Amin bagi kesimpulan, ni baru ujian kecil, pakaian kotor sahaja! belum pergi ke medan jihad yang sebenar yang mungkin mengorbankan jiwa. so, pakaian kotor & badan yang lenguh2 ni salah satu pengorbanan lah kan.. malam seterusnya pula ada Malam Kemuncak Tamrin. kami dikehendaki membuat satu persembahan berdasarkan jenis persembahan yang dicabut undi, kelas aku dapat kategori nasyid,
nasib baik tak dapat dikir barat ataupun boria. syukur2, kami dapat nombor 3 dpd 6. alhamdu- lillah.. malam tu makan sedap sangat! ada ais krim percuma, laksa, air apa ntah, dengan lock-cheng kalo tak silap. semuanya disediakan oleh warden dan Badan Pengawas Matri (BPM).. cian2.. esoknya baru balik, macam biasa, sebelum balik makan nasi minyak,acar, daging dengan air apa ntah, lepas tu pula ada kalimah akhirah dan balik kampung!.. ada antara kami yang merungut, sukan banyak dah, lemak2 pun terbak0 abes, pastu malam dengan esoknya makan makanan berat, perrgh! lemak terhasil lagi lah nampaknya..huhu..rasanya banyak sangat dah nih tulis.. rasanya amek masa 2 hari kalau tak silap untuk siapkan post ni..moga terhibur..hehe.. sebelum check-out, ingin aku kongsikan satu kata-kata yang dipetik dari kata2 ketua murid Ma3 2011, "sekolah tamat tak beerti tamatnya kehidupan sebagai seorang mu'min". satu lagi, cuti sekolah tak beerti cuti ibadah, yer!..hehe.. lusa nak pergi Kem Minda Kreatif Perlis..babai!..
(Domo wat! poyo!..tp cute! mekasih Domo!)

No comments:

Post a Comment