Friday, December 7, 2012

Husnuzonlah.. Pasti ada hikmahnya

Assalamualaikum.. Dlu aku pernah mengadu pada ibu, aku ni pendek sangat, malu la... Kawan2 semua tinggi2 belaka. Then my mom said, "cuba akak fikir, semua yang Allah cipta ada hikmahnya, agak2nya kalau Allah cipta akak cantik, tinggi, kulit gebu, perfect lah sng kata, entah2 akak dah x ingat Allah. Ingat, kita ni hamba yg kerdil, Allah Maha Berkuasa. Ada hikmah atas segala kejadian-NYA." Thanx my mom! Mmg kalau kita ingat Allah, Allah juga ingat kita. Kan ada satu ayat al-Quran, ada satu ayat surah al-Baqarah yg maksudnya... "maka ingatlah pada-Ku, nescaya Aku juga ingat pada-Mu, dan bersyukurlah, dan janganlah kamu ingkarinya" Ada hikmahnya, bila fikir2 balik, contohnya, mudah tlg org buat kerja2 yg perlukan org berbdn kecil, mcm masa aku sekolah rendah dulu, pintu bilik terkunci,jadi abgaku buka tingkap dan dia minta aku masuk melalui tingkap dan buka kunci dari dalam" Lagi contoh, semasa pergi ke kem anjuran Haluan, ada aktiviti yg dipanggil "spider web". Kami kena angkat kawan seorg demi seorg melalui jaring2 yg disediakn. Jadi, akulah yang jadi "mangsa" pertama. X kisah pun, happy je.. :) Kan betul, ada hikmahnya, always smile ye! Lagipun kan ada seorg sahabat Nabi yg namanya Ahnaf, seorang yang pendek dan berkaki capik (kalau x slp, tp yg psti ada yg x kena pd kakinya) masuk ke syurga atas kelebihan yg Allah beri padanya.. *cuba rujuk buku La Tahzan Jangan Bersedih Don

Sunday, July 1, 2012

Tanda – Tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap Sempurna

Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam. Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir. 1) Penaklukan Baitulmuqaddis Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari 2) Zina bermaharajalela “Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim 3) Bermaharajalela alat muzik “Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah 4) Menghias masjid & membanggakannya “Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai. 5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik “Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim. 6) Ramai orang soleh meninggal dunia “Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad 7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat “Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia” - Riwayat Thabrani 8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja “Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad 9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”. 10) Bulan sabit kelihatan besar “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” - Riwayat Thabrani 11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita “Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim 12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar “Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad 13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai “Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim 14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda “Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai 15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam “Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a. Kini, Kita hanya menunggu saat tibanya.. Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. (H.R Muslimi) Keterangan: Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah: 1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir. 2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya. 3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt. 4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa. 5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal. 6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu. 7. Gempa bumi di Timur. 8. Gempa bumi di Barat. 9. Gempa bumi di Semenanjung Arab. 10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman. Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”. sumber:http://nizarazu.com

Wednesday, May 30, 2012

pasti ada hikmahnya..

bak kata kak Azizah Yaman pada Tamrin Selamat Pulang cuti penggal hari tu.. Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.” baru-baru ni, pihak Haji Aziz nak adakan family day di Pulau Sayak, kami adik beradik seronok lah. manakan tidaknya, lama tak jumpa sepupu sepapat, duduk bersama dsb. tapi parents kami busy. abah nak hantar abg masuk kolej di Melaka, mak sibuk sebab ada orang nak masuk homestay dgn nak cari duit tebus emas lagi.. kakak pulak ada meeting, x leh join la maknanya, abg, erm, semua x cuti, kakak lgi sorg plak ada exam.. hadeih, x ramai la nampaknya.. kena pulak 1 ngn 2 Jun, family2 lain ad kenduri la, join politik lar, mcm2 sbb la..sedihnya :( balik pada hadith tadi, tringat pulak pada satu ayat quran ni, "Harta benda dan anak-pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan." [Al-Khaf, 18:46] jadi semuanya adalah perhiasan hidup semata lah kan.. jadi la tahzanlah, sebab innallaha ma'a ana..
>asking not for sympathy, but help from Him..

Tuesday, May 29, 2012

dear kazuko

"everybody are our friends, but your bestfriend is only one."
bukan niatku ingin mengganggumu, tetapi aku rindukan belaian seorang teman,tahukah dikau tiap orang memerlukan seorang teman, untuk menemaninya, untuk menyayanginya, untuk berkongsi cerita dan sebagainya, aku menyedari kekuranganku, tetapi bukankah kekurangan ini perlu kau terima sebagai sifat seorang teman. aku menghormati hakmu dalam memiliki temanmu sendiri, tetapi aku ingin bersamamu, aku tahu sifat kita tidak sehaluan, minat kita tidak seerti, ketahuilah, aku menghargai segala jasamu, pemberianmu, menemaniku, meluangkan masa untukku, segala-galanya berharga buatku.. kenangan kita bersama tidak ku lupakan. malah aku beharap ianya akan berulang. apa yang aku inginkan darimu sukar kau berikan malah luahkan, fikirku begitu.. aku tidak mahu memaksamu memberikannya. andai ini tahun terakhir, bulan terakhir bagi kita, aku mohon dimaafkan segala kesilapan. banyak kali aku menempuh saat kerinduan melanda, walau engkau di depan mata, bagiku tiada maknanya andai kita tidak bertegur. aku malu menegurmu, kau punya temanmu sendiri, aku apa adanya.. pernah sekali aku hampir menitiskan air mataku dek dirimu yang ku gerami. aku memberitahu soal hidupku hanya SATU perkara, kau tiada endahkan. malamnya mereka ribut dek dirimu sakit, langkahku terhenti, kerisauan melanda, nafsuku membisik, 'padanlah muka, tadi tak layan'. namun apabila direnungmu lama dari jauh, kesakitanmua, titisan air matamu, kerisauan orang sekelilingmu, jiwaku membisik kemaafan buatmu, lagipun, kita bukan penghukum, hidup di dunia untuk berkawan di samping beribadah, kita bukan penghukum. tiada apa ku harapkan darimu, hanya pintaku, aku ingin seperti dulu. layanlah aku, terimalah aku, terima kasih atas segalanya, dan..maafkan aku duhai temanku, kakakku.. ..::mention.to.nadnyzam::..

Saturday, May 19, 2012

Kisah Kaabah yang tidak diketahui oleh orang ramai

Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai. 1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil. 2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga. 3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit. 4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi. 5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah. 6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah. 7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi. 8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk. 9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati. 10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah. 11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu. 12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur. 13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya. 14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru. 15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
sumber:FACEBOOK Seluruh Rakyat Kelantan Like Status Anda ~~ Wednesday

Saturday, March 31, 2012

.::dialah yang pertama dan yang terakhir::.

sinar sang suria hingga ke wajahku, fajar muncul rupanuya, aku menggagahkan diri yang sedang bersemangat menyapu halaman untuk meninggalkan pencakar sampah, menuju ke surau. di situ, air wudhu' yang mengalir ke jasadku menenangkan, seolah-olah mengalir bersama dosa-dosa silamku..

takbir diangkat, aku memulakan solat sunat dhuha, meskipun hanya aku di situ, tidak aku kisah kerana meyakini Dia sentiasa menemani dan melindungiku.. tanganku ditadah, memohon kekuatan dari-NYa..


Ya Allah,
sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMU
kecantikannya kecantiknMU,
keindahannya keindahanMu,
kekuatannnya kekuatanMU,
kekuasannya kekuasaanMU,
perlindungannya perlindunganMU.

Ya Allah,
jika rezeki masih di langit, turunkanlah
jika di bumi, keluarkanlah
jika sukar, permudahkanlah
jika haram, sucikanlah
jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu dhuha kecantikanMU, keindahanMU, kekuatanMU, kekuasaanMU
limpahkan kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hambah-hambaMU yang soleh.."
amin ya rabbal 'alamin,,

jam menunjukkan 8:30 pagi, di bangku konkrit itu aku menanti sahabat tercinta. kami akan belajar di perpustakaan di kota. aku memerhatikan keindahan alam, cahaya pagi yang matahari yang mentinar, ditemani bunyi kicauan burung, sungguh medamaikan.. tiba-tiba, sepasang tangan menutup pandanganku, itulah dia sahabatku, Amni.

kami berjalan dengan bergurau senda, bercerita dan ada kalanya sama-sama terdiam lalu tersenyum. walaupun Amni kerap kali mengadu sekit kepala, namun senyuman pada wajahnya tidak lekang. aku hanya mampu membantunya mengurut kepalanya semampu.

kami melangkah masuk ke dalam teksi, meneruskan perjalanan ke kota. aku memerhatikan Amni, tampak pada wajahnya seribu satu ketenangan. Amni ialah orang pertama yang menegur dan berkawan denganku semasa aku pertama kali menjejak kaki menuju ke sekolah baru ini.

pandanganku tertumpu pada pemandangan menuju ke kota, merentasi sawah dan perlahan-lahan, bangunan kelihatan. lamunan ku terhenti. sudah tiba rupanya. tangan ku menyeluk poket mengambil wang, tetapi dia terlebih dahulu membayar wang tambang untuk kami berdua. aku memerhatikannya, senyuman nakal dia pamerkan..

kami melangkah masuk ke perpustakaan, mengambil tempat lalu berbincang. perbincangan kami cukup berisi. aku tenang di sisinya. tika aku mengantuk, dia mencuit ku dengan wajah nakalnya, lalu dihulurkannya gula-gula. tangannya lembut mengurut di bahuku. kekuatanku kembali..

mataku tertumpu pada jam dinding. hampir tengah hari. jarang sekali kami belajar dan berbincang selama ini. aku mengajaknya pulang. dia hanya bersetuju. kami menyimpan bahan ilmuan, kaki menuju keluar ke perpustakaan. tubuhku lemah dan keletihan namun aku cuba sedaya untuk selalu mengukirkan senyuman, seperti Amni.

semasa perjalanan menuju ke stesen bas untuk menempah teksi, aku berjalan di sampingnya yang juga keletihan. sekali sekala aku mengusiknya, 'habis bateri?' dia menguntumkan senyuman manisnya.. semoga bermanfaat ilmu-ilmu yang kami pelajari sebentar tadi..

ketika kami ingin melintas jalan, kami saling berpegangan tangan. semasa di tengah jalan, tangannya perlahan-lahan terlepas dari genggamanku. ketika aku menoleh ke belakang, Amni rebah lemah di tengah jalan raya. aku panik. aku menyebut namanya berulang kali smbil menggerak-gerakkan badannya.. Amni!

seorang pemuda yang prihatin cuba menghentikan kenderaan lain dan membawa Amni dan aku ke hospital. sepanjang perjalanan, aku tidak henti-henti mengejutnya.. 'bangunlah, Amni!' namun tiada reaksi darinya. wajah Amni kelihatan pucat.

setibanya di hospital, Amni dibawa masuk untuk pemeriksaan. aku hanya mampu melihat susuk tubuhnya yang terbaring lemah. tubuhku juga keletihan. aku cuba bertenang dan duduk di kerusi yang disediakan. satu persatu persoalan menjelma di benak fikiranku. apa terjadi kepada Amni?

seketika kemudian, aku menelefon waris Amni untuk datang ke hospital. jam di dinding ligat berputar. tidak lama selepas itu, doktor yang merawat Amni datang memberitahuku bahawa Amni pengsan kerana kekurangan air dalam badan dan dia yang lebih memeranjatkan ku, Amni disyaki menghidap ketumbuhan di otak.

air mataku berguguran bak manik terputus dari tali rantainya. patutlah Amni kerap kali sakit kepala. apabila waris Amni datang, bertubi-tubi soalan diajukan kepadaku, namun aku tidak mampu menjawab walau sepatah. sejurus doktor menerangkan kepada waris Amni, ibunya menangis bagai kehilangan orang tersayang.

pembedahan pembuangan ketumbuhan itu dijangka beroperasi pada malam esok. petang itu aku datang menjenguk Amni dan akan menemani Amni sepanjang pembedahannya dilakukan. aku sebak melihat Amni. aku menyebut-nyebut namanya sambil menggenggam tangannya. Amni membuka matanya yang kuyu.

seolah-olah ada yang ingin disampaikannya. aku cuba memahami dengan menghampiri wajahku ke mulutnya. dia berkata lemah, ' ke-ertas h-hijau da-lam b-beg..' aku mengangguk tanda memahaminya. Amni memerhatikan orang sekelilingnya, lemah. tiada lagi senyuman pada raut wajahnya..

dua jam sebelum pembedahan itu, Amni masih tidur, dan tiba-tiba kedengaran Amni batuk kering agak lama. aku yang tertidur di sisinya terjaga lalu panik. jururawat dan doktor-doktor datang kepadanya. semuanya kelam-kabut. tirai ditutup dan aku terpaksa menanti di luar. bisik hatiku, 'Ya Allah, selamatkanlah Amni'..

hatiku berasa gusar entah mengapa. 'Amni..' agak lama kemudian, tirai dibuka dan doktor-doktor kelihatan tunduk berslah. aku dan waris Amni bertanya tentang keadaan Amni. Doktor hanya tunduk dan menggeleng lemah. kami menuju ke katil Amni dan tiada lagi denyut nadi di tubuhnya.

air mataku mengalir deras bak empangan pecah. hatiku tidak dapat menahan sebak. Amni, sahabat sejatiku telah pergi buat selama-lamanya. ibu dan bapa Amni seakan-akan tidak percaya tentang apa yang terjadi.

setelah urusan pengebumian berlansung, aku antara orang terakhir di situ. Amni, baru kelmarin aku bersamanya. wajah senyumnya terngiang-ngiang di benak fikiranku. aku kembali ke rumah dengan lemah dan hati masih sedih.

Sunday, March 18, 2012

Kenapa Diciptakan Neraka?

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum."

sumber: facebook http://www.facebook.com/photo.php?fbid=260547247356910&set=a.251634858248149.57343.251633634914938&type=3&theater

Thursday, March 15, 2012

Don't leave plastic bottles in car!!

Reminder!
No matter how many times you get this
E-mail, Please send it on!!!!
Bottled water in your car is very dangerous!
On the Ellen show, Sheryl Crow said that this is what caused her breast cancer.
It has been identified as the most common cause of the high levels of dioxin in breast cancer tissue.
Sheryl Crow's oncologist told her: women should not drink bottled water that has been left in a car.
The heat reacts with the chemicals in the plastic of the bottle which releases dioxin into the water. Dioxin is a toxin increasingly found in breast cancer tissue.
So please be careful and do not drink bottled water that has been left in a car.

Pass this on to all the women in your life. This information is the kind we need to know that just might save us!
Use a stainless steel canteen or a glass bottle instead of plastic!

LET EVERYONE WHO HAS A WIFE / GIRLFRIEND / DAUGHTER KNOW PLEASE!

This information is also being circulated at Walter Reed Army Medical Center .

No plastic containers in microwaves.
No plastic water bottles in freezers.
No plastic wrap in microwaves.

Dioxin chemical causes cancer, especially breast cancer.
Dioxins are highly poisonous to cells in our bodies.
Don't freeze plastic bottles with water in them as this releases dioxins from the plastic.
Recently the Wellness Program Manager at Castle Hospital , was on a TV program to explain this health hazard.

He talked about dioxins and how bad they are for us. He said that we should not be heating food in the microwave using plastic containers....
This especially applies to foods that contain fat.

He said that the combination of fat, high heat and plastic releases dioxin into the food.

Instead, he recommends using glass, such as Pyrex or ceramic containers for heating food. You get the same result, but without the dioxin.
So, such things as TV dinners, instant soups, etc., should be removed from their containers and heated in something else.
Paper isn't bad but you don't know what is in the paper. It's safer to use tempered glass, such as Pyrex, etc.

He reminded us that a while ago some of the fast food restaurants moved away from the styrene foam containers to paper. The dioxin problem is one of the reasons...

Also, he pointed out that plastic wrap, such as Cling film, is just as dangerous whenplaced over foods to be cooked in the microwave.
As the food is nuked, the high heat causes poisonous toxins to actually melt out of the plastic wrap and drip into the food.
Cover food with a paper towel instead.
This is an article that should be sent to anyone important in your life!

Sunday, February 19, 2012

kau pergi menghadapNYA tika daku memerlukanmu..

kisah ini ditulis oleh seorang ibu untuk ibunya..

Ibu meninggal dunia pada 13 Julai 2010 jam 5:05 pagi di rumahnya. Menghadap Yang Maha Esa dengan penuh ketenangan meninggalkan segala kesakitan badanmu, anak-anakmu, hartamu dsb. Kesakitan yang kau rasakan adalah penghapus dosammu,meskipun kami melihatmu penuh lali namun pada raut wajahmu seperti ada yang ingin kau luahkan..

Kau pergi dalam keaadaan selesainya segala urusan duniamu, anak-anakmu telah dewasa, tanggungjawabmu dalam mendidik juga berakhir. tenang sekali pemergianmu. katamu..
"mak rasa selesa sangat, anak2 mak semua dah besar"

masih ku ingat saat sehari sebelum kau pergi, kau terlalu letih, sehinggakan terpaksa dibaringkan seperti bayi kecil. namun pada malam itu, aku tidur di sebelahmu, tersedar aku sekitar 4 pagi, kau tiada di sampingku, rupanya kau sedang membaca kitab suci Al-Quran tanpa bantuan dan sokongan dari sesiapa..

katamu,
"arwah pak mai tadi, dia kejut mak, suruh bangun solat, jangan susahkan anak-anak!"
terbisik di dasar hatiku, 'subhanallah, sungguh Kau memberi kekuatan pada insan yang lemah itu'

padaku, tiada emas dan permata dapat menggantikan kasih sayangmu. selepas ketiadaanmu, kami anak cucumu sering mimpikanmu, ingin ku susuli jejak langkahmu, ibu! nantikan aku di sana!
maklumat lanjut di..

kami anak cucu cicitmu sentiasa doakanmu.. tenanglah engkau di sana..

http://www.facebook.com/groups/104838909553402/

melawat pemuda yang incharge

ptg sabtu 18hb 2 2012, saya ke hospital untuk melawat seorang pemuda yang dimasukkan ke hospital kerana kemalangan. masih muda, 17 tahun umurnya. kata ibu, dia adalah cucu sulung kepada arwah nenek saya sebelah ibu punya sepupu (anak tokcik). dia mengalami masalah keluarga. ibu dan ayahnya berpisah. abangnya tinggal bersama ibunya di KL, manakala dia dan adiknya tingkatan 2 tinggal bersama ayahnya.

semasa hendak ke hospital tengku fauziah (HTF), banyak cabaran yang dihadapi seperti hujan lebat, tempat parkir kereta penuh, masa melawat hampir tamat akhirnya berjaya diharungi berkat berserah diri padaNYA.

pemuda tersebut berada di wad tingkat satu wad ortopedik. ketika memasuki wad tersebut, pelbagai ragam manusia yang ditemui. kaki tergantung, tangan berbalut dan sebagainya. kebanyakan mereka terdedah auratnya tetapi tidak pemuda yang saya meksudkan.

seluruh badannya ditutup oleh kain dari hujung kaki sehingga leher. mungkin kerana sejuk, atau sebagainya, atau mungkin juga malu. walaupun badannya dibedah namun tangannya masih berselimut. wajahnya pucat seribu makna. mungkin kerna bosan, atau malu kerana ramai perempuan, atau takut atau sakit dsb.

ketika menziarahinya, datang pemuda yang lebih tua daripadanya. barangkali ayahnya. si ayah berkata..

"ayah nak pegi amek Waheeda (mungkin kakaknya) kat station bas. ayah mungkin tak boleh mai balek, kalau ayah tak mai, makan nah, jangan lupa, jangan bergantung sgt kat ayah. kalau ayah tak boleh mai pagi ayah mai malam besok..dok elok2 naa.."

pemuda tersebut hanya mengangguk lemah, kelihatan pada bibirnya luka. tidak lama kemudian, datang dua orang pemuda, mungkin rakannya. datang bersembang sedikit, kemudian melihat ke dalam kainnya, luka.

sementara itu, saya terdengar ibu dan maktok bersembang, kata maktok,
"kelmarin mak dia mai, dok sembang, suap makan, masa mak dia nak balek, dia tanya mak dia, "mak nak balek dah ka""

berdasarkan ayat dan dialog di atas, ada sesuatu terngiang-ngiang di buah fikiran saya, pemuda itu seperti masih DAHAGAKAN KASIH SAYANG seorang ibu. masih mahukan perhatian. mungkin ibu bapanya berfikir dia sudah besar, dan tidak perlu dimanjakan sangat. itu kata orang tua-tua. apa kata pemuda tersebut.

mungkin di benak hatinya, 'mak, ciumlah abang'.. teringat pula pada satu kisah yang diceritakan oleh rakan saya tentang abangnya yang berusia sekitar 18-21.

kelihatan ibunya sedang memasak, dia menghampiri ibunya dan mencium, "mak masak kat xxxx kan,?" ibunya mengangguk. katanya lagi pada adik perempuannya yang berusia 15 tahun, "hang tengok dek, mak masak kat aku, mak sayang aku.. "kan mak kan," kemudian kembali mencium ibunya"

lucu bunyinya, tapi ianya realiti... bayangkan alangkah bahagianya hdup ini andai pemuda sekarang berkasih-sayang sesama keluarga. boleh diharap dan menjadi seorang yang berguna di mata dunia!

Saturday, February 4, 2012

: 7 JENIS WAJAH MAYAT DALAM KUBUR ::

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata, menghina, mengkritik dan mengumpat orang lain!!!!!.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh

Tuesday, January 24, 2012

Nama - nama Surga dan Neraka serta penghuninya...

A. Surga :

1.Surga Firdaus
Mengenai surga firdaus ini, dalam Al Qur'an, surat Al Kahfi, ayat 107, Allah swt. telah menegaskan:

*Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka adalah surga Firdaus menjadi tempat tinggal,Juga penegasanya dalam Al Qur'an, surat Al Mu'minuun, ayat 9-11.

* Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.
Mereka Itulah orang-orang yang akan mewarisi,
(yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. mereka kekal di dalamnya.

2. Surga And
Surga 'Adn ini telah banyak sekali dijelaskan dalam Al Qur'an. yaitu sebagai berikut: Firman Allah swt. di dalam surat Thaaha, tepatnya ayat 76.

*(yaitu) syurga 'Adn yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. dan itu adalah balasan bagi orang yang bersih (dari kekafiran dan kemaksiatan).


3. Surga Na'iim
Dalam Al Qur'an surat al Hajj, ayat 56. Allah swt. telah menegaskan :

* Kekuasaan di hari itu ada pada Allah, dia memberi Keputusan di antara mereka. Maka orang-orang yang beriman dan beramal saleh adalah di dalam syurga yang penuh kenikmatan.


4. Surga Ma'wa
Banyak sekali didalam Al Qur'an dijelaskan, antara lain :
Surat As Sajdah, ayat 19 Allah swt. menegaskan:

*. Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, Maka bagi mereka jannah tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang mereka kerjakan.

5. Surga Darussalam
Mengenai surga Darussalam ini, telah banyak dijelaskan didalam Al Qur'an, diantaranya ialah : Dalam surat Yunus, ayat 25 :

* Allah menyeru (manusia) ke darussalam (surga), dan menunjuki orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus (Islam)[685].

* Erti kalimat darussalam ialah: tempat yang penuh kedamaian dan keselamatan. pimpinan (hidayah) Allah berupa akal dan wahyu untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

6. Surga Daarul Muqoomah
Sesuai dengan penegasan allah swt. di dalam Al Qur'an, surat Faathir, ayat 34-35 :

* Dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang Telah menghilangkan duka cita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar Maha Pengampum lagi Maha Mensyukuri.

* Yang menempatkan kami dalam tempat yang kekal (surga) dari karunia-Nya; didalamnya kami tiada merasa lelah dan tiada pula merasa lesu".

7. Surga Maqoomul Amiin
Sesuai dangan penegasan Allah swt. didalam Al Qur'an, surat Ad Dukhan, ayat 51 :

* Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada dalam tempat yang aman,

8. Surga Khuldi
Di dalam Al Qur'an tepatnya surat Al Furqaan, ayat 15, Allah swt. telah menegaskan :

* Katakanlah: "Apa (azab) yang demikian itukah yang baik, atau surga yang kekal yang Telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa?" dia menjadi balasan dan tempat kembali bagi mereka?".

B. Neraka :

Neraka adalah tempat penyiksaan bagi mahluk Allah yang membangkang. Mereka adalah orang-orang yang membangkang terhadap syariat Allah dan mengingkari Rasulullah saw.
Kata neraka sering disebutkan dalam kitab suci Al-Qur'an dan jumlahnya sangat banyak sekali. Dalam bahasa Arab disebut naarالنار (ar)* (an-nār).
Siapapun orang yang dimasukkan ke dalam neraka, dia tidak akan keluar darinya. Pintu neraka berdiri kokoh dan tertutup rapat. Itulah penjara bagi orang-orang yang menganggap remeh berita tentang pengadilan akhirat.
Ada juga orang-orang yang terakhir kali masuk surga, setelah mereka di siksa sesuai dengan dosa-dosanya yang telah mereka perbuat.
Didalam Al-Qur'an disebutkan bahan bakar neraka adalah dari manusia dan batu (ada yang mengartikan berhala). Pintu gerbang Neraka di pimpin oleh Malaikat Malik, yang memiliki 19 malaikat penyiksa didalam Neraka, salah satunya yang disebut namanya dalam Al-Qur'an adalah Zabaniah.
Walaupun neraka sering digambarkan sebagai tempat penyiksaan yang teramat panas, tetapi ada hawa neraka menjadi teramat sangat dingin. Disebutkan di dalam Al-Qur'an:

“Inilah (azab neraka), biarlah mereka merasakannya, (minuman mereka) air yang sangat panas dan air yang sangat dingin. (Sad [38]:57)”
Siksaan di dalam neraka yang paling ringan diberikan sandal api yang bisa membuat otak mereka mendidih.
“Sesungguhnya penghuni neraka yang paling ringan siksaannya ialah orang yang diberi sepasang sandal yang talinya terbuat dari api neraka, lalu mendidihlah otaknya karena panasnya yang laksana air panas mendidih di dalam periuk. Dia mengira tiada seorangpun yang menerima siksaan lebih dahsyat dari itu, padahal dialah orang yang mendapat siksaan paling ringan.” (HR. Bukhari-Muslim)

1. Huthamah
Neraka yang disediakan untuk orang yang gemar mengumpulkan harta berupa emas, perak atau platina, mereka yang serakah tidak mau mengeluarkan zakat harta dan menghina orang miskin. Di neraka ini harta yang mereka kumpulkan akan dibawa dan dibakar untuk diminumkan sebagai siksaan kepada manusia pengumpul harta. Surah Al-Humazah (104).

*. Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela,
*. Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung[1600],
*. Dia mengira bahwa hartanya itu dapat mengkekalkannya,
*. Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah.
*. Dan tahukah kamu apa Huthamah itu?
*. (yaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan,
*. Yang (membakar) sampai ke hati.
*. Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka,
*. (sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang.

Maksudnya mengumpulkan dan menghitung-hitung harta yang karenanya dia menjadi kikir dan tidak mau menafkahkannya di jalan Allah.

2. Hawiyah

Neraka yang diperuntukkan atas orang-orang yang ringan timbangan amalnya, yaitu mereka yang selama hidup di dunia mengerjakan kebaikan bercampur dengan keburukan. Orang muslim laki dan perempuan yang tidak tanduknya tidak sesuai dengan ajaran agama Islam, seperti para wanita muslim yang tidak menggunakan jilbab, bagi para lelaki muslim yang sering memakai sutra dan emas, mencari rejeki dengan cara tidak halal, memakan riba dan sebagainya, Hawiyah adalah sebagai tempat tinggalnya. Surah Al-Qari'ah

3. Jahannam
Nama neraka ini tercantum dalam Al-Quran Surat al-hijr (15) ayat 43.

* Dan Sesungguhnya Jahannam itu benar-benar tempat yang Telah diancamkan kepada mereka (pengikut-pengikut syaitan) semuanya.


Pengikut syaithan kebanyakan para wanita, mengapa demikian? karena dalam diri seorang wanita terdapat roh-roh syaithan.
Syaithan bentuknya ada 3 (tiga) yaitu:

* Ucapan para dukun, peramal
* Hawa nafsu (egoisme)
* Mengkultuskan kepada seseorang

4. Jahim
Nama neraka ini tercantum dalam Al-Quran surat As-Syu'araa (26) ayat 91.
didalamnya ditempati orang-orang musyrik.

* Dan diperlihatkan dengan jelas neraka Jahim kepada orang- orang yang sesat",

Neraka sebagai tempat penyiksaan orang-orang musyrik atau orang yang menyekutukan Allah. Mereka akan disiksa oleh para sesembahan mereka. Dalam ajaran Islam syirik adalah sebagai salah satu dosa paling besar menurut Allah, karena syirik berarti menganggap bahwa ada makhluk yang lebih hebat dan berkuasa sehebat Allah dan bisa pula menganggap bahwa ada Tuhan selain Allah. Surah Asy-Syu'ara' dan Surah As-Saffat.

5. Saqar
Neraka untuk orang munafik, yaitu orang yang mendustakan perintah Allah dan rasul. Mereka mengetahui bahwa Allah sudah menentukan hukum Islam melalui lisan Muhammad, tetapi mereka meremehkan syariat Islam. Nama neraka ini tercantum dalam Al-Quran Surat Al-Muddatsir ayat 26-27,42. di dalamnya ditempati orang-orang penyembah berhala.


6. Sa'iir
Nama neraka ini tercantum dalam Al-Qur'an Surat An-Nisa' (4) ayat 10; Surat Al-Mulk (67) ayat 5,10,11 dan lain-lain.

* Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, Sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka).

* Sesungguhnya kami Telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang, dan kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar syaitan, dan kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala.


*Disediakan untuk orang-orang kafir terhadap akherat (tidak percaya), juga untuk orang yang seneng bila mendapat rezeki dan marah ketika susah memperoleh rezeki.

7. Wail
Neraka yang disediakan untuk para pengusaha atau pedagang yang licik, dengan cara mengurangi berat timbangan, mencalokan barang dagangan untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat-lipat. Barang dagangan mereka akan dibakar dan dimasukkan kedalam perut mereka sebagai azab dosa-dosa mereka. Surah Al-Tatfif dan Surah At-Tur. Nama neraka ini tercantum dalam Al-Quran Surat Al-Muthaffifin, ayat 1-3.

* Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang[1561],
* (yaitu) orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta dipenuhi,
* Dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi.

*yang dimaksud dengan orang-orang yang curang di sini ialah orang-orang yang curang dalam menakar dan menimbang.

3. Jenis hukuman dan siksaan di neraka
Di akhirat para penghuni neraka akan menjalani hukuman berupa siksa yang sangat pedih. Siksaan yang mereka derita dalam neraka itu bermacam-macam sekali, sebagaimana yang difirmankan Allah seperti berikut:

*"Dalam neraka Jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan punggung mereka."
(At-Taubah [9]:35)
*"Ketika belenggu dan rantai dipasang di leher mereka, supaya mereka diseret, kedalam air yang sangat panas, kemudian mereka dibakar dalam api.
"(Al-Mu’min [40]:71-72)
*"Peganglah dia kemudian seretlah dia ketengah-tengah neraka. Kemudian tuangkanlah di atas kepalanya seksaan (dari) air yang amat panas. Rasakanlah, sesungguhnya kamu orang yang perkasa lagi mulia."
(Ad-Dukhan [44]:47-49)
*"Peganglah dia lalu belenggulah tangannya kelehernya. Kemudian masukkanlah dia ke dalam api neraka yang menyala-nyala. Kemudian belitlah dia dengan rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta."
(Al-Haqqah [69]:30-32)
*"Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian dari api neraka, disiramkan air yang sedang mendidih ke atas kepala-kepala mereka. Dengan air itu dihancur luluhkan segala apa yang ada di dalam perut mereka dan juga kulit-kulit mereka. Dan cambuk-cambuk dari besi. Setiap kali mereka hendak keluar dari neraka lantaran kesengsaraan mereka, maka mereka dikembalikan kedalamnya, (serta dikatakan kepada mereka): "Rasailah azab yang membakar ini."
(Al-Hajj [22]:19-22) —

~sumber: facebook Like Like Like Like Like Like Like Like Like Like Like Like Like Like Like

15 PINTU SYAITAN

15 PINTU SYAITAN

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita

- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan(keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"


15 Sanjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan bezikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surh Yassin setiap pagi


Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir(ahli rumah menegakkan solat)
- Panghuninya jujur dan memenuhi ja

nji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa.

~sumber: facebook Like Like Like Like Like Like Like Like Like Like Like Like Like Like Like

Friday, January 6, 2012

KASeH 2011

ASsalamualaikum wbt pembuka bicara, sidang jumaat yg saya hormati sekalian, syukur kita ke hadrat Ilahi krn dgn limpah dan kurnianya dpt sy menaip keyboard pd laptop Acer Aspire 4520 ini..haha



kali ni saya akn share pasal KASeH iaitu Kem Anak soleh December 2011 di Masjid Kubang Gajah, Arau, Perlis selama 2 hari satu malam . terbuka pada pelajar brumur 9 hingga 12 tahun.. tapi sy kn 14, cam mn tuh? faci(fasiitator) ler..first time jd faci kot, cuak sikit.. kami faci tido 3 hari 2 malam la..


tentatif program mula ngan pendaftaran, alhamdulillah brjalan lancar..akak2 suruh kitorang sambut adik2 ngan senyuman.. tp x reti.. sambut biasa2 sj,, angkat beg dll. pastu ada program taklimat ngan nyanyi lagu tema Anak Soleh by UNIC. yang lawaknya, adik2 nyanyi pitching lari.. huhu, smpai hari last x betul2 jugak..


pastu ada main Tomoi Kola. asal dri tomoi siam, sbb org yg kndalikn game ni dri Kuala Perlis, jd mcm tu lah.yg ni pemenang game Tomoi kola

rehat.. makan kueh ngan air je.. faci x makon pon, x ngapa deh, brkorban namanya..hehe
team building ngan ice breaking... byk game gempak2! nama mmg pelik tapi best, x caya? tya adek2 sndiri..
yg ni lubang bulan, contoh prmainan lain: konkrit sayang, siput kaseh, selamatkan belonn! dan byk lagi..

malam ada aktiviti paling best! NIGHT TRAKKING! pas solat isya' tu, ada taklimat lepas tu, Allah izin hujan turun, kami tunggu hujan berhenti lebih kurang setengah jam jugak la.. pastu mulakan prjalanan, mula2 lalu tepi kubur, kubur tu banyak dan panjang, akak2 kata faci la jalan bahagian sblah kubur, sebab ada adik2 yang takut, faci ni pon buat2 x takut ...hehe

sebenarnya kan, bila kita bersama adik2, akan timbul satu perasaan yang bernama kasih sayang, mula2 x rasa, bila dah night walk, jalan dgn adik2, kdg time jalan, ada yang adik2 pegang tangan saya, dia mungkin malu, tapi saya faham, saya pun pernah melaluinya, pernah ada rasa ingin berkasih manja. itulah kenangan yang manis bagi saya.

kalau x silap ada 2 checkpoint, satu di rumah pakcik Johari, cuma tazkirah pendek shj, dan checkpoint kedua di atas tar yang sebelahnya sawah padi dan sungai. kami bertadabbur dan menghayati alam dan keindahan Tuhan. tenang sangat.. bercerita, bersembang, berkongsi cerita dengan adik2 dan banyak lagi..sweet~

malam tu, kumpulan saya tidur di rumah pakcik Johari dan kumpulan lain di Taski Embun, rumah Tcr. Noni n rumah pakcik Ghazali. ada dua bilik, saya tidur dalam bilik bersama kawan (faci juga) dan 2 orang adik-adik.. pagi esoknya, kami terleawat bangun sikit. tentatifnya solat sunat, bacaan al-Quran, solat subuh. tapi sebab terlewat bangun sedikit jadi tazkirah x sempat lah...

aktiviti pagi tu, siput kaseh, memasak dan banyak lagi. meh nak crita pasal memasak. faci sepatutnya tak boleh tolong tapi kesian, tolong je lah..hehe. semua ok tapi sayur saja yang kureng. pas2, waktu makan pula sekejap jadi adik2 ada yang buat keputusan yang tak mau makan, makan sikit dan lain-lain.

sebelum balek tu ada sesi penggambaran, ni lah first time bila bergambar saya duduk atas kerusi. ye lah sebelum ni sama ada berdiri, duduk atas lantai dsb. pakcik2 dan makcik2 pun kata, memang KASeH kali ni terbaik lah! katanya aktiviti menarik, faci ok2 sj, dan paling best trademark nya.. terbaiiik! cam ni..

timb kem kom: KASEH KASEH!
adik-adik : yee kak mira!

comel sgt trademark tu sampai terbawa-bawa ke program lain..