"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."
Saturday, November 12, 2011
aidiladha
asSalam~
heheh.lama x update.. rindu belog ni.. meh na citer pasal raya aidiladha hari tu.. pagi raya kat rumah.. petang baru balik kampung.. nak dijadikan cerita, waktu tengah jalan2 pusing kampung dekat rumah tu, tetiba pakcik2 kata, x boleh jalan ikut jalan ke rumah Mardhi sebab ada lembu terlepas. aku exited la nak tengok lembu terlepas tu. pas2 Awa tanya, "awat, nak jadi mangsa korban ditanduk lembu hari ni ka?".. dia punyalah tarik tangan aku suruh patah balik..degil~..
... pas2 masing2 penat, semua balik rumah.. aku siap2 untuk balik kampung.. tapi, sebelum tu, singgah rumah Ngah dulu (Kg. Gial, Arau), makan soto(mmg tiap kali raya soto pun..),,sedap!!
sampai kat kampung sebelah abah (Kg. Sg. Tengas, Serdang, Kdh) lewat la jugak, penat.. terus tidu.. serius cakap, sejuk giler.. tingkat atas rumah paksu (rumah arwah tok ngan wan tiada kipas, air-cond lg lah tiada.. tp fresh air, terbaik, tersejuk laa.. time tidur tu dengar bunyi kerbau..seraam..
esoknya, (raya ke2) plan nak mandi sungai, tapi tak jadi sebab budak pompuan x mao mandi, kononya air cetek, (padahal tak mao).. time tu, kat kampung musim hujan, aku risau gak, mana tau air sungai deras, dalam, padahal sepupu sepapat kata air cetek paras paha.. huhu, tanggapan aku salah la nampaknya.. yang lawaknya time nak sembelih kerbau tu, rancang nak rakam, tapi Allah tak izin pasal aku tertinggal memory card dekat rumah. lepas habis sembelih tu, aku pergi tengok dekat sikit, pas2 tanya abang, "kerbau pun ada rambut kaa..?"
ptg tu makan la, family mak long dll masak ..apa ntah.. haa sup kerbau ngan masak kicap kalau x silap..tapi air asam pedas berapi.. beratur kitorang na masok toilet.. malam tu tido umah pak ndak.. haa, meh na citer, femly kami special cket psl kami ada 2 pak ndak, satu pak ndak ori, satu lg, bukan ciplak, tapi adik beradik abah tu kami panggil chiq, tp disebabkan gelaran pak ndak(2) (kira adik ipar abah) tu femes sgt belah sana, jd gelaran tu terbawa-bawa. sng kata dlm family abah ada chiq + pak ndak dan pak ndak + mak ndak.. sambung citer, pasal tidur kat rumah chiq tu,, malam tu tengok tv reramai, tengok Masterchef ngan citer hantu apa ntah.. pastu..tido. esoknya baru balek.. sebelum balik, hantar abang dulu. yang form 5 tu, dia nak SPM kat SMA (A) Yayasan Khairiah, Kupang, Baling, Kedah. tu je kot untuk post kali ni.. ngantok suda.. 2:03 a.m! bubye .wasalam~
kongsi..
“Wahai ‘Uqbah, mahukah engkau aku beritahu akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling mulia? Iaitu, menyambung silaturahim dengan orang yang memutuskannya, memberi kepada orang yang tidak mahu dan tidak pernah memberimu, memaafkan orang yang pernah menzalimi dan menganiayamu.” (Hadis Riwayat Hakim)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment