Friday, November 11, 2011

sajak ini didedikasikan khas buat siapa yang mengenali diriku.. sajak ini juga merupakan salah satu ucapan buat yang mengenali diriku selagi masih hidup di bumi bertuah ini..

TEMAN
Teman…
Jika semalam aku terlalu bergembira..
Sedarkanlah aku
Hari-hari esok mungkin dipenuhi KESEDIHAN

Teman…
Jika tika itu aku bergelak ketawa
Ingatkanlah aku
Bahawa waktu mendatang mungkin dipenuhi TANGISAN

Teman…
Andai tika ini aku terlalu jahat
Pimpinlah aku...ajarilah aku
Nilai-nilai KEMANUSIAAN

Teman...
Jika dahulu aku terasa hina
Kau pujuklah aku
Dengan kehebatan SYURGA

Teman...
Jika hari ini aku tidak berdaya
Kau bisiklah kepadaku
Tentang kekuasaan MAHA PENCIPTA

Teman...
Andai selama ini aku menyakitimu
Luahkankah
Agar aku BERUBAH

Wahai teman-temanku...
Andai esok aku beradu tanpa jaga
Kau iringlah lenaku dengan
Kalungan DOA…



SUMBER: SEBUAH PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI
KARYA QOLYEEN_AARYAN,
FACEBOOK HIMPUNAN CERITA2 SEDIH

No comments:

Post a Comment