Wednesday, March 30, 2011

fingerprint..

siapa tau fingerprint tu apa angkat kaki..lwk jw.. gini sbnrnya,, unt0k post kalii ni plak, empunya blog nih nak kongsi pasal fingerprint a.k.a cap jari.. rasanya semua org ada cap jari kan.. kecualilah org yg x dak jari kan..sorry2, terlepas,, back to the topic.. meh kawe nak cite..


Cap jari manusia merupakan pola bekas yang tinggal pada mana-mana permukaan rata oleh kulit timbul pada hujung jari . Kulit timbul ini juga dikenali sebagai "rabung dermis" atau "papila dermis". Cap jari mungkin ditinggalkan oleh rembesan biasa (kandungan utama air) dari kelenjar ekrin yang terdapat di kulit timbul tangan, ataupun boleh dibuat oleh dakwat atau bahan cemar lain yang terkena jari dan ditinggalkan pada permukaan yang agak licin seperti kad cap jari .

Cap jari biasanya digunakan sebagai kaedah yang pasti benar bagi mengenal pasti individual secara unik, tetapi ia lebih kepada seni berbanding sains: kebanyakan makmal negeri dan kebangsaan tidak akan melapurkan padanan cap jari sehingga dua pakar merumuskan sedemikian secara bebas.

Cap jari biasa terdiri dari peluh, sebum, kekotoran, dan kulit tercemar yang dikenali sebagai cap jari latent, bagi membezakannya dengan cap bandingan yang sengaja diambil dengan jari berdakwat pada "kad cap jari"

Persoalannya, apa itu sebum?
Kelenjar sebum atau kelenjar minyak terletak di seluruh tubuh badan. Kelenjar ini banyak terdapat di bahagian muka, kepala dan bahagian kulit yang berbulu. Setiap kelenjar terbina daripada gelembung-gelembung yang mempunyai tisu epitelium (sel2 yg tersusun padat & mampat) di sekelilingnya..

Hujung jari bukannya satu-satu bahagian badan manusia yang mempunyai rabung geser (friction ridges). Ia juga terdapat pada sepanjang jari, telapak tangan, dan kulit yang seumpamanya pada ibu jari kaki dan kaki dan ia turut juga digunakan sebagai pengenalan forsenik, bukan forensik ye..

Asas pengenalan cap jari adalah kekal dan berlainan. Secara teori, sebahagian besar ciri-ciri cap jari ditentukan oleh persekitaran pada tempoh bulan ke-3 dan ke-4 semasa mengandung, dan tidak bertukar. Secara pratikal, parut dan ketuat mampu mengubah sedikit cap jari.

Secara popular, tiada dua individual, termasuk kembar seiras, dipercayai memiliki cap jari yang sama. Pada tahun 1892, Sir Francis Galton mendapati bahawa cap jari biasa memiliki 35-50 titik pengenalan ("minutiae") dan kemungkinan dua yang sama adalah 1 dalam 64 bilion. Dengan jumlah penduduk dunia (2006)  6.5 bilion individual (dan dengan itu 65 bilion cap jari), ia mustahil bagi kesemuanya berbeza.

Secara pratikal, bagaimanapun, pengenalan biasanya dilakukan berdasarkan 8 hingga 12 minutiae. Menggunakan hanya satu perlima minutae akan mengurangkan potensi jumlah cap jari yang berbeza.
Actually, aku sendiri x fhm, apa menda nya minutiae tu? dah cari n baca dah, cuma..maseh lg x fhm..huhu.
arch
right loop

whorl (pusaran)kalo x silap, cap jari aku jenis ni la..
yg jenis ni, unik...sbb jarang nak jumpa..hehe

No comments:

Post a Comment