Saturday, March 31, 2012

.::dialah yang pertama dan yang terakhir::.

sinar sang suria hingga ke wajahku, fajar muncul rupanuya, aku menggagahkan diri yang sedang bersemangat menyapu halaman untuk meninggalkan pencakar sampah, menuju ke surau. di situ, air wudhu' yang mengalir ke jasadku menenangkan, seolah-olah mengalir bersama dosa-dosa silamku..

takbir diangkat, aku memulakan solat sunat dhuha, meskipun hanya aku di situ, tidak aku kisah kerana meyakini Dia sentiasa menemani dan melindungiku.. tanganku ditadah, memohon kekuatan dari-NYa..


Ya Allah,
sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMU
kecantikannya kecantiknMU,
keindahannya keindahanMu,
kekuatannnya kekuatanMU,
kekuasannya kekuasaanMU,
perlindungannya perlindunganMU.

Ya Allah,
jika rezeki masih di langit, turunkanlah
jika di bumi, keluarkanlah
jika sukar, permudahkanlah
jika haram, sucikanlah
jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu dhuha kecantikanMU, keindahanMU, kekuatanMU, kekuasaanMU
limpahkan kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hambah-hambaMU yang soleh.."
amin ya rabbal 'alamin,,

jam menunjukkan 8:30 pagi, di bangku konkrit itu aku menanti sahabat tercinta. kami akan belajar di perpustakaan di kota. aku memerhatikan keindahan alam, cahaya pagi yang matahari yang mentinar, ditemani bunyi kicauan burung, sungguh medamaikan.. tiba-tiba, sepasang tangan menutup pandanganku, itulah dia sahabatku, Amni.

kami berjalan dengan bergurau senda, bercerita dan ada kalanya sama-sama terdiam lalu tersenyum. walaupun Amni kerap kali mengadu sekit kepala, namun senyuman pada wajahnya tidak lekang. aku hanya mampu membantunya mengurut kepalanya semampu.

kami melangkah masuk ke dalam teksi, meneruskan perjalanan ke kota. aku memerhatikan Amni, tampak pada wajahnya seribu satu ketenangan. Amni ialah orang pertama yang menegur dan berkawan denganku semasa aku pertama kali menjejak kaki menuju ke sekolah baru ini.

pandanganku tertumpu pada pemandangan menuju ke kota, merentasi sawah dan perlahan-lahan, bangunan kelihatan. lamunan ku terhenti. sudah tiba rupanya. tangan ku menyeluk poket mengambil wang, tetapi dia terlebih dahulu membayar wang tambang untuk kami berdua. aku memerhatikannya, senyuman nakal dia pamerkan..

kami melangkah masuk ke perpustakaan, mengambil tempat lalu berbincang. perbincangan kami cukup berisi. aku tenang di sisinya. tika aku mengantuk, dia mencuit ku dengan wajah nakalnya, lalu dihulurkannya gula-gula. tangannya lembut mengurut di bahuku. kekuatanku kembali..

mataku tertumpu pada jam dinding. hampir tengah hari. jarang sekali kami belajar dan berbincang selama ini. aku mengajaknya pulang. dia hanya bersetuju. kami menyimpan bahan ilmuan, kaki menuju keluar ke perpustakaan. tubuhku lemah dan keletihan namun aku cuba sedaya untuk selalu mengukirkan senyuman, seperti Amni.

semasa perjalanan menuju ke stesen bas untuk menempah teksi, aku berjalan di sampingnya yang juga keletihan. sekali sekala aku mengusiknya, 'habis bateri?' dia menguntumkan senyuman manisnya.. semoga bermanfaat ilmu-ilmu yang kami pelajari sebentar tadi..

ketika kami ingin melintas jalan, kami saling berpegangan tangan. semasa di tengah jalan, tangannya perlahan-lahan terlepas dari genggamanku. ketika aku menoleh ke belakang, Amni rebah lemah di tengah jalan raya. aku panik. aku menyebut namanya berulang kali smbil menggerak-gerakkan badannya.. Amni!

seorang pemuda yang prihatin cuba menghentikan kenderaan lain dan membawa Amni dan aku ke hospital. sepanjang perjalanan, aku tidak henti-henti mengejutnya.. 'bangunlah, Amni!' namun tiada reaksi darinya. wajah Amni kelihatan pucat.

setibanya di hospital, Amni dibawa masuk untuk pemeriksaan. aku hanya mampu melihat susuk tubuhnya yang terbaring lemah. tubuhku juga keletihan. aku cuba bertenang dan duduk di kerusi yang disediakan. satu persatu persoalan menjelma di benak fikiranku. apa terjadi kepada Amni?

seketika kemudian, aku menelefon waris Amni untuk datang ke hospital. jam di dinding ligat berputar. tidak lama selepas itu, doktor yang merawat Amni datang memberitahuku bahawa Amni pengsan kerana kekurangan air dalam badan dan dia yang lebih memeranjatkan ku, Amni disyaki menghidap ketumbuhan di otak.

air mataku berguguran bak manik terputus dari tali rantainya. patutlah Amni kerap kali sakit kepala. apabila waris Amni datang, bertubi-tubi soalan diajukan kepadaku, namun aku tidak mampu menjawab walau sepatah. sejurus doktor menerangkan kepada waris Amni, ibunya menangis bagai kehilangan orang tersayang.

pembedahan pembuangan ketumbuhan itu dijangka beroperasi pada malam esok. petang itu aku datang menjenguk Amni dan akan menemani Amni sepanjang pembedahannya dilakukan. aku sebak melihat Amni. aku menyebut-nyebut namanya sambil menggenggam tangannya. Amni membuka matanya yang kuyu.

seolah-olah ada yang ingin disampaikannya. aku cuba memahami dengan menghampiri wajahku ke mulutnya. dia berkata lemah, ' ke-ertas h-hijau da-lam b-beg..' aku mengangguk tanda memahaminya. Amni memerhatikan orang sekelilingnya, lemah. tiada lagi senyuman pada raut wajahnya..

dua jam sebelum pembedahan itu, Amni masih tidur, dan tiba-tiba kedengaran Amni batuk kering agak lama. aku yang tertidur di sisinya terjaga lalu panik. jururawat dan doktor-doktor datang kepadanya. semuanya kelam-kabut. tirai ditutup dan aku terpaksa menanti di luar. bisik hatiku, 'Ya Allah, selamatkanlah Amni'..

hatiku berasa gusar entah mengapa. 'Amni..' agak lama kemudian, tirai dibuka dan doktor-doktor kelihatan tunduk berslah. aku dan waris Amni bertanya tentang keadaan Amni. Doktor hanya tunduk dan menggeleng lemah. kami menuju ke katil Amni dan tiada lagi denyut nadi di tubuhnya.

air mataku mengalir deras bak empangan pecah. hatiku tidak dapat menahan sebak. Amni, sahabat sejatiku telah pergi buat selama-lamanya. ibu dan bapa Amni seakan-akan tidak percaya tentang apa yang terjadi.

setelah urusan pengebumian berlansung, aku antara orang terakhir di situ. Amni, baru kelmarin aku bersamanya. wajah senyumnya terngiang-ngiang di benak fikiranku. aku kembali ke rumah dengan lemah dan hati masih sedih.

No comments:

Post a Comment