Wednesday, May 30, 2012

pasti ada hikmahnya..

bak kata kak Azizah Yaman pada Tamrin Selamat Pulang cuti penggal hari tu.. Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.” baru-baru ni, pihak Haji Aziz nak adakan family day di Pulau Sayak, kami adik beradik seronok lah. manakan tidaknya, lama tak jumpa sepupu sepapat, duduk bersama dsb. tapi parents kami busy. abah nak hantar abg masuk kolej di Melaka, mak sibuk sebab ada orang nak masuk homestay dgn nak cari duit tebus emas lagi.. kakak pulak ada meeting, x leh join la maknanya, abg, erm, semua x cuti, kakak lgi sorg plak ada exam.. hadeih, x ramai la nampaknya.. kena pulak 1 ngn 2 Jun, family2 lain ad kenduri la, join politik lar, mcm2 sbb la..sedihnya :( balik pada hadith tadi, tringat pulak pada satu ayat quran ni, "Harta benda dan anak-pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan." [Al-Khaf, 18:46] jadi semuanya adalah perhiasan hidup semata lah kan.. jadi la tahzanlah, sebab innallaha ma'a ana..
>asking not for sympathy, but help from Him..

Tuesday, May 29, 2012

dear kazuko

"everybody are our friends, but your bestfriend is only one."
bukan niatku ingin mengganggumu, tetapi aku rindukan belaian seorang teman,tahukah dikau tiap orang memerlukan seorang teman, untuk menemaninya, untuk menyayanginya, untuk berkongsi cerita dan sebagainya, aku menyedari kekuranganku, tetapi bukankah kekurangan ini perlu kau terima sebagai sifat seorang teman. aku menghormati hakmu dalam memiliki temanmu sendiri, tetapi aku ingin bersamamu, aku tahu sifat kita tidak sehaluan, minat kita tidak seerti, ketahuilah, aku menghargai segala jasamu, pemberianmu, menemaniku, meluangkan masa untukku, segala-galanya berharga buatku.. kenangan kita bersama tidak ku lupakan. malah aku beharap ianya akan berulang. apa yang aku inginkan darimu sukar kau berikan malah luahkan, fikirku begitu.. aku tidak mahu memaksamu memberikannya. andai ini tahun terakhir, bulan terakhir bagi kita, aku mohon dimaafkan segala kesilapan. banyak kali aku menempuh saat kerinduan melanda, walau engkau di depan mata, bagiku tiada maknanya andai kita tidak bertegur. aku malu menegurmu, kau punya temanmu sendiri, aku apa adanya.. pernah sekali aku hampir menitiskan air mataku dek dirimu yang ku gerami. aku memberitahu soal hidupku hanya SATU perkara, kau tiada endahkan. malamnya mereka ribut dek dirimu sakit, langkahku terhenti, kerisauan melanda, nafsuku membisik, 'padanlah muka, tadi tak layan'. namun apabila direnungmu lama dari jauh, kesakitanmua, titisan air matamu, kerisauan orang sekelilingmu, jiwaku membisik kemaafan buatmu, lagipun, kita bukan penghukum, hidup di dunia untuk berkawan di samping beribadah, kita bukan penghukum. tiada apa ku harapkan darimu, hanya pintaku, aku ingin seperti dulu. layanlah aku, terimalah aku, terima kasih atas segalanya, dan..maafkan aku duhai temanku, kakakku.. ..::mention.to.nadnyzam::..

Saturday, May 19, 2012

Kisah Kaabah yang tidak diketahui oleh orang ramai

Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai. 1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil. 2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga. 3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit. 4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi. 5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah. 6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah. 7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi. 8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk. 9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati. 10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah. 11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu. 12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur. 13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya. 14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru. 15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
sumber:FACEBOOK Seluruh Rakyat Kelantan Like Status Anda ~~ Wednesday