Sunday, February 19, 2012

kau pergi menghadapNYA tika daku memerlukanmu..

kisah ini ditulis oleh seorang ibu untuk ibunya..

Ibu meninggal dunia pada 13 Julai 2010 jam 5:05 pagi di rumahnya. Menghadap Yang Maha Esa dengan penuh ketenangan meninggalkan segala kesakitan badanmu, anak-anakmu, hartamu dsb. Kesakitan yang kau rasakan adalah penghapus dosammu,meskipun kami melihatmu penuh lali namun pada raut wajahmu seperti ada yang ingin kau luahkan..

Kau pergi dalam keaadaan selesainya segala urusan duniamu, anak-anakmu telah dewasa, tanggungjawabmu dalam mendidik juga berakhir. tenang sekali pemergianmu. katamu..
"mak rasa selesa sangat, anak2 mak semua dah besar"

masih ku ingat saat sehari sebelum kau pergi, kau terlalu letih, sehinggakan terpaksa dibaringkan seperti bayi kecil. namun pada malam itu, aku tidur di sebelahmu, tersedar aku sekitar 4 pagi, kau tiada di sampingku, rupanya kau sedang membaca kitab suci Al-Quran tanpa bantuan dan sokongan dari sesiapa..

katamu,
"arwah pak mai tadi, dia kejut mak, suruh bangun solat, jangan susahkan anak-anak!"
terbisik di dasar hatiku, 'subhanallah, sungguh Kau memberi kekuatan pada insan yang lemah itu'

padaku, tiada emas dan permata dapat menggantikan kasih sayangmu. selepas ketiadaanmu, kami anak cucumu sering mimpikanmu, ingin ku susuli jejak langkahmu, ibu! nantikan aku di sana!
maklumat lanjut di..

kami anak cucu cicitmu sentiasa doakanmu.. tenanglah engkau di sana..

http://www.facebook.com/groups/104838909553402/

No comments:

Post a Comment