Sunday, February 19, 2012

melawat pemuda yang incharge

ptg sabtu 18hb 2 2012, saya ke hospital untuk melawat seorang pemuda yang dimasukkan ke hospital kerana kemalangan. masih muda, 17 tahun umurnya. kata ibu, dia adalah cucu sulung kepada arwah nenek saya sebelah ibu punya sepupu (anak tokcik). dia mengalami masalah keluarga. ibu dan ayahnya berpisah. abangnya tinggal bersama ibunya di KL, manakala dia dan adiknya tingkatan 2 tinggal bersama ayahnya.

semasa hendak ke hospital tengku fauziah (HTF), banyak cabaran yang dihadapi seperti hujan lebat, tempat parkir kereta penuh, masa melawat hampir tamat akhirnya berjaya diharungi berkat berserah diri padaNYA.

pemuda tersebut berada di wad tingkat satu wad ortopedik. ketika memasuki wad tersebut, pelbagai ragam manusia yang ditemui. kaki tergantung, tangan berbalut dan sebagainya. kebanyakan mereka terdedah auratnya tetapi tidak pemuda yang saya meksudkan.

seluruh badannya ditutup oleh kain dari hujung kaki sehingga leher. mungkin kerana sejuk, atau sebagainya, atau mungkin juga malu. walaupun badannya dibedah namun tangannya masih berselimut. wajahnya pucat seribu makna. mungkin kerna bosan, atau malu kerana ramai perempuan, atau takut atau sakit dsb.

ketika menziarahinya, datang pemuda yang lebih tua daripadanya. barangkali ayahnya. si ayah berkata..

"ayah nak pegi amek Waheeda (mungkin kakaknya) kat station bas. ayah mungkin tak boleh mai balek, kalau ayah tak mai, makan nah, jangan lupa, jangan bergantung sgt kat ayah. kalau ayah tak boleh mai pagi ayah mai malam besok..dok elok2 naa.."

pemuda tersebut hanya mengangguk lemah, kelihatan pada bibirnya luka. tidak lama kemudian, datang dua orang pemuda, mungkin rakannya. datang bersembang sedikit, kemudian melihat ke dalam kainnya, luka.

sementara itu, saya terdengar ibu dan maktok bersembang, kata maktok,
"kelmarin mak dia mai, dok sembang, suap makan, masa mak dia nak balek, dia tanya mak dia, "mak nak balek dah ka""

berdasarkan ayat dan dialog di atas, ada sesuatu terngiang-ngiang di buah fikiran saya, pemuda itu seperti masih DAHAGAKAN KASIH SAYANG seorang ibu. masih mahukan perhatian. mungkin ibu bapanya berfikir dia sudah besar, dan tidak perlu dimanjakan sangat. itu kata orang tua-tua. apa kata pemuda tersebut.

mungkin di benak hatinya, 'mak, ciumlah abang'.. teringat pula pada satu kisah yang diceritakan oleh rakan saya tentang abangnya yang berusia sekitar 18-21.

kelihatan ibunya sedang memasak, dia menghampiri ibunya dan mencium, "mak masak kat xxxx kan,?" ibunya mengangguk. katanya lagi pada adik perempuannya yang berusia 15 tahun, "hang tengok dek, mak masak kat aku, mak sayang aku.. "kan mak kan," kemudian kembali mencium ibunya"

lucu bunyinya, tapi ianya realiti... bayangkan alangkah bahagianya hdup ini andai pemuda sekarang berkasih-sayang sesama keluarga. boleh diharap dan menjadi seorang yang berguna di mata dunia!

No comments:

Post a Comment