"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."
Friday, December 7, 2012
Husnuzonlah.. Pasti ada hikmahnya
Assalamualaikum..
Dlu aku pernah mengadu pada ibu, aku ni pendek sangat, malu la... Kawan2 semua tinggi2 belaka. Then my mom said,
"cuba akak fikir, semua yang Allah cipta ada hikmahnya, agak2nya kalau Allah cipta akak cantik, tinggi, kulit gebu, perfect lah sng kata, entah2 akak dah x ingat Allah. Ingat, kita ni hamba yg kerdil, Allah Maha Berkuasa. Ada hikmah atas segala kejadian-NYA."
Thanx my mom! Mmg kalau kita ingat Allah, Allah juga ingat kita. Kan ada satu ayat al-Quran, ada satu ayat surah al-Baqarah yg maksudnya...
"maka ingatlah pada-Ku, nescaya Aku juga ingat pada-Mu, dan bersyukurlah, dan janganlah kamu ingkarinya"
Ada hikmahnya, bila fikir2 balik, contohnya, mudah tlg org buat kerja2 yg perlukan org berbdn kecil, mcm masa aku sekolah rendah dulu, pintu bilik terkunci,jadi abgaku buka tingkap dan dia minta aku masuk melalui tingkap dan buka kunci dari dalam"
Lagi contoh, semasa pergi ke kem anjuran Haluan, ada aktiviti yg dipanggil "spider web". Kami kena angkat kawan seorg demi seorg melalui jaring2 yg disediakn. Jadi, akulah yang jadi "mangsa" pertama. X kisah pun, happy je.. :)
Kan betul, ada hikmahnya, always smile ye! Lagipun kan ada seorg sahabat Nabi yg namanya Ahnaf, seorang yang pendek dan berkaki capik (kalau x slp, tp yg psti ada yg x kena pd kakinya) masuk ke syurga atas kelebihan yg Allah beri padanya..
*cuba rujuk buku La Tahzan Jangan Bersedih Don
Sunday, July 1, 2012
Tanda – Tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap Sempurna
Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.
Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.
1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari
2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
3) Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah
4) Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.
6) Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.
10) Bulan sabit kelihatan besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani
11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim
14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai
15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
Kini, Kita hanya menunggu saat tibanya..
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)
Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7. Gempa bumi di Timur.
8. Gempa bumi di Barat.
9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.
sumber:http://nizarazu.com
Wednesday, May 30, 2012
pasti ada hikmahnya..
bak kata kak Azizah Yaman pada Tamrin Selamat Pulang cuti penggal hari tu..
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”
baru-baru ni, pihak Haji Aziz nak adakan family day di Pulau Sayak, kami adik beradik seronok lah. manakan tidaknya, lama tak jumpa sepupu sepapat, duduk bersama dsb. tapi parents kami busy. abah nak hantar abg masuk kolej di Melaka, mak sibuk sebab ada orang nak masuk homestay dgn nak cari duit tebus emas lagi.. kakak pulak ada meeting, x leh join la maknanya, abg, erm, semua x cuti, kakak lgi sorg plak ada exam.. hadeih, x ramai la nampaknya.. kena pulak 1 ngn 2 Jun, family2 lain ad kenduri la, join politik lar, mcm2 sbb la..sedihnya :(
balik pada hadith tadi, tringat pulak pada satu ayat quran ni,
"Harta benda dan anak-pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan."
[Al-Khaf, 18:46]
jadi semuanya adalah perhiasan hidup semata lah kan.. jadi la tahzanlah, sebab innallaha ma'a ana..
>asking not for sympathy, but help from Him..
Tuesday, May 29, 2012
dear kazuko
"everybody are our friends, but your bestfriend is only one."
bukan niatku ingin mengganggumu, tetapi aku rindukan belaian seorang teman,tahukah dikau tiap orang memerlukan seorang teman, untuk menemaninya, untuk menyayanginya, untuk berkongsi cerita dan sebagainya, aku menyedari kekuranganku, tetapi bukankah kekurangan ini perlu kau terima sebagai sifat seorang teman.
aku menghormati hakmu dalam memiliki temanmu sendiri, tetapi aku ingin bersamamu, aku tahu sifat kita tidak sehaluan, minat kita tidak seerti, ketahuilah, aku menghargai segala jasamu, pemberianmu, menemaniku, meluangkan masa untukku, segala-galanya berharga buatku..
kenangan kita bersama tidak ku lupakan. malah aku beharap ianya akan berulang. apa yang aku inginkan darimu sukar kau berikan malah luahkan, fikirku begitu.. aku tidak mahu memaksamu memberikannya. andai ini tahun terakhir, bulan terakhir bagi kita, aku mohon dimaafkan segala kesilapan.
banyak kali aku menempuh saat kerinduan melanda, walau engkau di depan mata, bagiku tiada maknanya andai kita tidak bertegur. aku malu menegurmu, kau punya temanmu sendiri, aku apa adanya.. pernah sekali aku hampir menitiskan air mataku dek dirimu yang ku gerami.
aku memberitahu soal hidupku hanya SATU perkara, kau tiada endahkan. malamnya mereka ribut dek dirimu sakit, langkahku terhenti, kerisauan melanda, nafsuku membisik, 'padanlah muka, tadi tak layan'. namun apabila direnungmu lama dari jauh, kesakitanmua, titisan air matamu, kerisauan orang sekelilingmu, jiwaku membisik kemaafan buatmu, lagipun, kita bukan penghukum, hidup di dunia untuk berkawan di samping beribadah, kita bukan penghukum.
tiada apa ku harapkan darimu, hanya pintaku, aku ingin seperti dulu. layanlah aku, terimalah aku, terima kasih atas segalanya, dan..maafkan aku duhai temanku, kakakku..
..::mention.to.nadnyzam::..
Saturday, May 19, 2012
Kisah Kaabah yang tidak diketahui oleh orang ramai
Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
sumber:FACEBOOK Seluruh Rakyat Kelantan Like Status Anda ~~
Wednesday
Saturday, March 31, 2012
.::dialah yang pertama dan yang terakhir::.
sinar sang suria hingga ke wajahku, fajar muncul rupanuya, aku menggagahkan diri yang sedang bersemangat menyapu halaman untuk meninggalkan pencakar sampah, menuju ke surau. di situ, air wudhu' yang mengalir ke jasadku menenangkan, seolah-olah mengalir bersama dosa-dosa silamku..
takbir diangkat, aku memulakan solat sunat dhuha, meskipun hanya aku di situ, tidak aku kisah kerana meyakini Dia sentiasa menemani dan melindungiku.. tanganku ditadah, memohon kekuatan dari-NYa..
jam menunjukkan 8:30 pagi, di bangku konkrit itu aku menanti sahabat tercinta. kami akan belajar di perpustakaan di kota. aku memerhatikan keindahan alam, cahaya pagi yang matahari yang mentinar, ditemani bunyi kicauan burung, sungguh medamaikan.. tiba-tiba, sepasang tangan menutup pandanganku, itulah dia sahabatku, Amni.
kami berjalan dengan bergurau senda, bercerita dan ada kalanya sama-sama terdiam lalu tersenyum. walaupun Amni kerap kali mengadu sekit kepala, namun senyuman pada wajahnya tidak lekang. aku hanya mampu membantunya mengurut kepalanya semampu.
kami melangkah masuk ke dalam teksi, meneruskan perjalanan ke kota. aku memerhatikan Amni, tampak pada wajahnya seribu satu ketenangan. Amni ialah orang pertama yang menegur dan berkawan denganku semasa aku pertama kali menjejak kaki menuju ke sekolah baru ini.
pandanganku tertumpu pada pemandangan menuju ke kota, merentasi sawah dan perlahan-lahan, bangunan kelihatan. lamunan ku terhenti. sudah tiba rupanya. tangan ku menyeluk poket mengambil wang, tetapi dia terlebih dahulu membayar wang tambang untuk kami berdua. aku memerhatikannya, senyuman nakal dia pamerkan..
kami melangkah masuk ke perpustakaan, mengambil tempat lalu berbincang. perbincangan kami cukup berisi. aku tenang di sisinya. tika aku mengantuk, dia mencuit ku dengan wajah nakalnya, lalu dihulurkannya gula-gula. tangannya lembut mengurut di bahuku. kekuatanku kembali..
mataku tertumpu pada jam dinding. hampir tengah hari. jarang sekali kami belajar dan berbincang selama ini. aku mengajaknya pulang. dia hanya bersetuju. kami menyimpan bahan ilmuan, kaki menuju keluar ke perpustakaan. tubuhku lemah dan keletihan namun aku cuba sedaya untuk selalu mengukirkan senyuman, seperti Amni.
semasa perjalanan menuju ke stesen bas untuk menempah teksi, aku berjalan di sampingnya yang juga keletihan. sekali sekala aku mengusiknya, 'habis bateri?' dia menguntumkan senyuman manisnya.. semoga bermanfaat ilmu-ilmu yang kami pelajari sebentar tadi..
ketika kami ingin melintas jalan, kami saling berpegangan tangan. semasa di tengah jalan, tangannya perlahan-lahan terlepas dari genggamanku. ketika aku menoleh ke belakang, Amni rebah lemah di tengah jalan raya. aku panik. aku menyebut namanya berulang kali smbil menggerak-gerakkan badannya.. Amni!
seorang pemuda yang prihatin cuba menghentikan kenderaan lain dan membawa Amni dan aku ke hospital. sepanjang perjalanan, aku tidak henti-henti mengejutnya.. 'bangunlah, Amni!' namun tiada reaksi darinya. wajah Amni kelihatan pucat.
setibanya di hospital, Amni dibawa masuk untuk pemeriksaan. aku hanya mampu melihat susuk tubuhnya yang terbaring lemah. tubuhku juga keletihan. aku cuba bertenang dan duduk di kerusi yang disediakan. satu persatu persoalan menjelma di benak fikiranku. apa terjadi kepada Amni?
seketika kemudian, aku menelefon waris Amni untuk datang ke hospital. jam di dinding ligat berputar. tidak lama selepas itu, doktor yang merawat Amni datang memberitahuku bahawa Amni pengsan kerana kekurangan air dalam badan dan dia yang lebih memeranjatkan ku, Amni disyaki menghidap ketumbuhan di otak.
air mataku berguguran bak manik terputus dari tali rantainya. patutlah Amni kerap kali sakit kepala. apabila waris Amni datang, bertubi-tubi soalan diajukan kepadaku, namun aku tidak mampu menjawab walau sepatah. sejurus doktor menerangkan kepada waris Amni, ibunya menangis bagai kehilangan orang tersayang.
pembedahan pembuangan ketumbuhan itu dijangka beroperasi pada malam esok. petang itu aku datang menjenguk Amni dan akan menemani Amni sepanjang pembedahannya dilakukan. aku sebak melihat Amni. aku menyebut-nyebut namanya sambil menggenggam tangannya. Amni membuka matanya yang kuyu.
seolah-olah ada yang ingin disampaikannya. aku cuba memahami dengan menghampiri wajahku ke mulutnya. dia berkata lemah, ' ke-ertas h-hijau da-lam b-beg..' aku mengangguk tanda memahaminya. Amni memerhatikan orang sekelilingnya, lemah. tiada lagi senyuman pada raut wajahnya..
dua jam sebelum pembedahan itu, Amni masih tidur, dan tiba-tiba kedengaran Amni batuk kering agak lama. aku yang tertidur di sisinya terjaga lalu panik. jururawat dan doktor-doktor datang kepadanya. semuanya kelam-kabut. tirai ditutup dan aku terpaksa menanti di luar. bisik hatiku, 'Ya Allah, selamatkanlah Amni'..
hatiku berasa gusar entah mengapa. 'Amni..' agak lama kemudian, tirai dibuka dan doktor-doktor kelihatan tunduk berslah. aku dan waris Amni bertanya tentang keadaan Amni. Doktor hanya tunduk dan menggeleng lemah. kami menuju ke katil Amni dan tiada lagi denyut nadi di tubuhnya.
air mataku mengalir deras bak empangan pecah. hatiku tidak dapat menahan sebak. Amni, sahabat sejatiku telah pergi buat selama-lamanya. ibu dan bapa Amni seakan-akan tidak percaya tentang apa yang terjadi.
setelah urusan pengebumian berlansung, aku antara orang terakhir di situ. Amni, baru kelmarin aku bersamanya. wajah senyumnya terngiang-ngiang di benak fikiranku. aku kembali ke rumah dengan lemah dan hati masih sedih.
takbir diangkat, aku memulakan solat sunat dhuha, meskipun hanya aku di situ, tidak aku kisah kerana meyakini Dia sentiasa menemani dan melindungiku.. tanganku ditadah, memohon kekuatan dari-NYa..
Ya Allah,
sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMU
kecantikannya kecantiknMU,
keindahannya keindahanMu,
kekuatannnya kekuatanMU,
kekuasannya kekuasaanMU,
perlindungannya perlindunganMU.
Ya Allah,
jika rezeki masih di langit, turunkanlah
jika di bumi, keluarkanlah
jika sukar, permudahkanlah
jika haram, sucikanlah
jika jauh, dekatkanlah
Berkat waktu dhuha kecantikanMU, keindahanMU, kekuatanMU, kekuasaanMU
limpahkan kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hambah-hambaMU yang soleh.."
amin ya rabbal 'alamin,,
jam menunjukkan 8:30 pagi, di bangku konkrit itu aku menanti sahabat tercinta. kami akan belajar di perpustakaan di kota. aku memerhatikan keindahan alam, cahaya pagi yang matahari yang mentinar, ditemani bunyi kicauan burung, sungguh medamaikan.. tiba-tiba, sepasang tangan menutup pandanganku, itulah dia sahabatku, Amni.
kami berjalan dengan bergurau senda, bercerita dan ada kalanya sama-sama terdiam lalu tersenyum. walaupun Amni kerap kali mengadu sekit kepala, namun senyuman pada wajahnya tidak lekang. aku hanya mampu membantunya mengurut kepalanya semampu.
kami melangkah masuk ke dalam teksi, meneruskan perjalanan ke kota. aku memerhatikan Amni, tampak pada wajahnya seribu satu ketenangan. Amni ialah orang pertama yang menegur dan berkawan denganku semasa aku pertama kali menjejak kaki menuju ke sekolah baru ini.
pandanganku tertumpu pada pemandangan menuju ke kota, merentasi sawah dan perlahan-lahan, bangunan kelihatan. lamunan ku terhenti. sudah tiba rupanya. tangan ku menyeluk poket mengambil wang, tetapi dia terlebih dahulu membayar wang tambang untuk kami berdua. aku memerhatikannya, senyuman nakal dia pamerkan..
kami melangkah masuk ke perpustakaan, mengambil tempat lalu berbincang. perbincangan kami cukup berisi. aku tenang di sisinya. tika aku mengantuk, dia mencuit ku dengan wajah nakalnya, lalu dihulurkannya gula-gula. tangannya lembut mengurut di bahuku. kekuatanku kembali..
mataku tertumpu pada jam dinding. hampir tengah hari. jarang sekali kami belajar dan berbincang selama ini. aku mengajaknya pulang. dia hanya bersetuju. kami menyimpan bahan ilmuan, kaki menuju keluar ke perpustakaan. tubuhku lemah dan keletihan namun aku cuba sedaya untuk selalu mengukirkan senyuman, seperti Amni.
semasa perjalanan menuju ke stesen bas untuk menempah teksi, aku berjalan di sampingnya yang juga keletihan. sekali sekala aku mengusiknya, 'habis bateri?' dia menguntumkan senyuman manisnya.. semoga bermanfaat ilmu-ilmu yang kami pelajari sebentar tadi..
ketika kami ingin melintas jalan, kami saling berpegangan tangan. semasa di tengah jalan, tangannya perlahan-lahan terlepas dari genggamanku. ketika aku menoleh ke belakang, Amni rebah lemah di tengah jalan raya. aku panik. aku menyebut namanya berulang kali smbil menggerak-gerakkan badannya.. Amni!
seorang pemuda yang prihatin cuba menghentikan kenderaan lain dan membawa Amni dan aku ke hospital. sepanjang perjalanan, aku tidak henti-henti mengejutnya.. 'bangunlah, Amni!' namun tiada reaksi darinya. wajah Amni kelihatan pucat.
setibanya di hospital, Amni dibawa masuk untuk pemeriksaan. aku hanya mampu melihat susuk tubuhnya yang terbaring lemah. tubuhku juga keletihan. aku cuba bertenang dan duduk di kerusi yang disediakan. satu persatu persoalan menjelma di benak fikiranku. apa terjadi kepada Amni?
seketika kemudian, aku menelefon waris Amni untuk datang ke hospital. jam di dinding ligat berputar. tidak lama selepas itu, doktor yang merawat Amni datang memberitahuku bahawa Amni pengsan kerana kekurangan air dalam badan dan dia yang lebih memeranjatkan ku, Amni disyaki menghidap ketumbuhan di otak.
air mataku berguguran bak manik terputus dari tali rantainya. patutlah Amni kerap kali sakit kepala. apabila waris Amni datang, bertubi-tubi soalan diajukan kepadaku, namun aku tidak mampu menjawab walau sepatah. sejurus doktor menerangkan kepada waris Amni, ibunya menangis bagai kehilangan orang tersayang.
pembedahan pembuangan ketumbuhan itu dijangka beroperasi pada malam esok. petang itu aku datang menjenguk Amni dan akan menemani Amni sepanjang pembedahannya dilakukan. aku sebak melihat Amni. aku menyebut-nyebut namanya sambil menggenggam tangannya. Amni membuka matanya yang kuyu.
seolah-olah ada yang ingin disampaikannya. aku cuba memahami dengan menghampiri wajahku ke mulutnya. dia berkata lemah, ' ke-ertas h-hijau da-lam b-beg..' aku mengangguk tanda memahaminya. Amni memerhatikan orang sekelilingnya, lemah. tiada lagi senyuman pada raut wajahnya..
dua jam sebelum pembedahan itu, Amni masih tidur, dan tiba-tiba kedengaran Amni batuk kering agak lama. aku yang tertidur di sisinya terjaga lalu panik. jururawat dan doktor-doktor datang kepadanya. semuanya kelam-kabut. tirai ditutup dan aku terpaksa menanti di luar. bisik hatiku, 'Ya Allah, selamatkanlah Amni'..
hatiku berasa gusar entah mengapa. 'Amni..' agak lama kemudian, tirai dibuka dan doktor-doktor kelihatan tunduk berslah. aku dan waris Amni bertanya tentang keadaan Amni. Doktor hanya tunduk dan menggeleng lemah. kami menuju ke katil Amni dan tiada lagi denyut nadi di tubuhnya.
air mataku mengalir deras bak empangan pecah. hatiku tidak dapat menahan sebak. Amni, sahabat sejatiku telah pergi buat selama-lamanya. ibu dan bapa Amni seakan-akan tidak percaya tentang apa yang terjadi.
setelah urusan pengebumian berlansung, aku antara orang terakhir di situ. Amni, baru kelmarin aku bersamanya. wajah senyumnya terngiang-ngiang di benak fikiranku. aku kembali ke rumah dengan lemah dan hati masih sedih.
Sunday, March 18, 2012
Kenapa Diciptakan Neraka?
Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.
"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum."

Subscribe to:
Posts (Atom)